Humaizah wanita pertama dilantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Perlis

Huzaimah wanita pertama dilantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Perlis

Huzaimah menerima tauliah daripada Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk’ Dr. Mohd. Zin Bidin dalam satu istiadat di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejarah tercipta apabila Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis dilantik dalam kalangan wanita buat julung kalinya.

Huzaimah Muain, 45, sebelum ini merupakan Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan dan kepercayaan besar yang diberikan kepadanya untuk menerajui kepimpinan Pengakap di negeri itu.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini.

“Ini bukan sahaja satu penghargaan tetapi juga amanah besar untuk memastikan Pengakap di Perlis terus berkembang dan inklusif kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang atau jantina,” katanya pada Istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya Kanan dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

Tambah Humaizah, fokus kepimpinannya adalah untuk memperkukuh nilai-nilai kepemimpinan, semangat berpasukan dan membentuk sahsiah dalam kalangan ahli Pengakap sekali gus memberi impak positif kepada masyarakat serta negara.

Beliau yang berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis turut menekankan kepentingan pendidikan dalam pergerakan Pengakap, selain berusaha memperkasakan program berasas komuniti di negeri itu.

Dalam pada itu, Humaizah turut berterima kasih kepada suami dan anak-anaknya yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap penglibatannya dalam pergerakan Pengakap.

“Suami saya sendiri bertugas dalam badan beruniform, jadi dia sangat memahami dan menyokong peranan saya. Anak-anak saya juga aktif dalam Pengakap, jadi mereka turut serta dalam banyak aktiviti yang saya jalankan,” katanya.

Humaizah mula aktif dalam Pengakap sejak sekolah rendah dan secara serius menyertai kepimpinan Pengakap pada 2009.

Beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri pada 2015, kemudian sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri pada 2021 sebelum menjadi Pemangku Ketua Pesuruhjaya tahun lalu.

Pelantikan rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis menandakan satu lagi langkah besar dalam memperkasakan kepimpinan wanita dalam pergerakan Pengakap di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya