Hanya pemain boleh mengubah tanggapan Ratcliffe

Hanya pemain boleh mengubah tanggapan Ratcliffe

RUBEN AMORIM - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim berkata adalah tanggungjawabnya dan pemain untuk mengubah pendapat Sir Jim Ratcliffe mengenai pasukan itu.

Pemegang saham minority United itu memberitahu pada minggu ini bahawa beberapa pemain Red Devis tidak cukup bagus malah menerima bayaran secara berlebihan walaupun Ratcliffe tidak menyebut nama mereka.

Ratcliffe memberitahu pemain seperti Andre Onana, Rasmus Hojlund, Casemiro, Antony, dan Jadon Sancho sebagai urusan pemindahan yang diwarisi oleh Ineos di kelab tersebut masih belum memberikan hasil yang diharapkan.

“Saya rasa jika kita jujur pada ketika ini, semua orang, saya, pemain-pemain, sedang berprestasi di bawah tahap yang diharapkan musim ini.

“Saya pun termasuk dalam kalangan yang mempunyai prestasi di bawah tahap yang sepatutnya.

“Anda bercakap mengenai pemain seperti Casemiro yang telah memenangi segalanya dan kita tahu pemain-pemain ini boleh bermain dengan lebih baik lagi.

“Dia (Ratcliffe) jujur dalam hal ini. Fokus kita adalah untuk mengubah fikiran beliau dan semua orang,” kata Amorim.

Amorim, yang digambarkan oleh Ratcliffe sebagai pengurus muda yang cemerlang, berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan lembaga pengarah United.

“Saya rasa kami sangat terus terang dan jujur dengan satu sama lain, kami agak serupa dalam hal ini. Saya sentiasa merasakan sokongan daripada lembaga pengarah, terutamanya Sir Jim,” katanya menjelang aksi Liga Europa menentang Real Sociedad, esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya