Bonus Aidilfitri, cuti tambahan Kelantan diketahui Rabu ini

Bonus Aidilfitri, cuti tambahan Kelantan diketahui Rabu ini

MOHAMED Fadzli Hassan (tengah) mengiringi Mohd. Nassuruddin Daud (kiri) menyampaikan sumbangan kuih-muih kepada 18 pasukan keselamatan dalam satu majlis ringkas di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keputusan sama ada penjawat awam di negeri ini mendapat bonus Aidilfitri dan cuti tambahan sempena perayaan itu akan dibincangkan Kerajaan Negeri Kelantan Rabu ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan.

“Seterusnya hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud untuk membuat keputusan.

“Kita harap ada pengumumanlah. Bagaimanapun semuanya bergantung kepada keputusan mesyuarat,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Mohd. Nassuruddin menyampaikan sumbangan kuih-muih hari raya kepada 18 pasukan keselelamatan dan beruniform di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN