Bagnaia semakin resah

Bagnaia semakin resah

FRANCESCO Bagnaia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia kini berdepan dilema besar apabila pendekatan biasa yang digunakannya setiap hujung minggu perlumbaan tidak lagi berhasil dengan jentera Ducati GP25.

Rakan sepasukannya, Marc Marquez, sudah memenangi kesemua empat perlumbaan awal musim, termasuk di Argentina dan Thailand, sekali gus menambah tekanan ke atas Bagnaia yang semakin bergelut.

Lebih merisaukan, Bagnaia bukan sahaja kalah kepada Marquez, malah turut ketinggalan di belakang Alex Marquez dari pasukan Gresini yang menggunakan jentera Ducati versi 2024.

Menurut bekas pelumba MotoGP, Neil Hodgson, kelemahan utama Bagnaia adalah permulaan perlahan setiap hujung minggu perlumbaan, berbanding Marquez yang terus menekan hingga ke had pada sesi pertama lagi.

“Selepas sembilan pusingan pertama, Marquez sudah mempunyai lima pusingan data berkualiti untuk jurutera analisis, tetapi Bagnaia? Sifar.

“Apabila anda cuba terlalu keras, anda mula buat kesilapan. Anda rasa sudah menolak jentera ke had, tetapi masa pusingan tetap perlahan,” kata Hodgson.

Bagnaia yang kini 31 mata di belakang Marquez bakal berdepan cabaran getir di Litar Americas, litar kegemaran Marquez, sebelum kembali ke Eropah untuk memburu kemenangan pertamanya musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya