Azeem pecah rekod lagi

Azeem pecah rekod lagi

MUHAMMAD Azeem Fahmi sekali lagi memecah rekod kebangsaan menerusi acara 60 meter (m) dengan catatan 6.56 saat (s) dalam aksi final Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025 di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS), hari ini. - FOTO IHSAN AUBURN TRACK & FIELD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sensasi pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mempamerkan peningkatan luar biasa apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan, sekali gus meraih gangsa di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025, hari ini.

Pelari berusia 20 tahun itu mencatatkan 6.56 saat (s) dalam aksi final di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS) memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri, iaitu 6.60s yang dilakukan di Kejohanan Jemputan Tiger Paw, California bulan lalu.

Azeem meraih gangsa selepas hanya dipisahkan 0.01s dengan Israel Okon dari Nigeria yang menamatkan saingan di tempat kedua, manakala emas dimenangi Jordan Antony dari University of Arkansas dengan 6.54s.

Lebih menarik, pencapaian ini juga meletakkan Azeem dalam kedudukan yang berpotensi untuk layak ke Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia yang bakal berlangsung pada 14 hingga 15 Mac ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya