Azeem gagal ke final NCAA

Azeem gagal ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi menamatkan saingan Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di tempat ke-13 di Virginia, Amerika Syarikat (AS), semalam. - IHSAN FOTO FB AUBURN TRACK & FIELD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, menamatkan saingan Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia dengan catatan 6.61 saat (s) dalam acara 60 meter (m), sekali gus berada di kedudukan ke-13 secara keseluruhan.

Azeem, yang mewakili Universiti Auburn, bersaing dalam saringan kedua pusingan awal tetapi gagal melayakkan diri ke final selepas hanya lapan pelari terbaik daripada dua saringan diberi tiket ke peringkat seterusnya.

Walaupun tidak mara ke final, pelari berusia 20 tahun itu tetap menunjukkan prestasi konsisten sepanjang musim dalam dewan, termasuk memecahkan rekod kebangsaan dengan 6.56s di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025, baru-baru ini.

Kejohanan NCAA menjadi medan ujian penting buat Azeem sebelum kembali memberi fokus kepada kejohanan luar dewan, dengan beberapa pertandingan utama seperti  Kejohanan Sukan Universiti Dunia (16 hingga 27 Julai) di Rhine-Ruhr di Jerman dan Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun (13-21 September) bakal menantinya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya