Arif timba pengalaman berharga di ACLE

Arif timba pengalaman berharga di ACLE

ARIF Aiman Hanapi kini merupakan aset penting buat Johor Darul Ta'zim (JDT).- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman beraksi di saingan elit Asia nyata memberi impak besar kepada bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, yang kini semakin matang dalam permainannya.

Pemain lincah berusia 21 tahun itu mengakui cabaran di Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) bukan sahaja meningkatkan keyakinannya tetapi juga memberi peluang keemasan untuk menguji kemampuan di pentas tertinggi Asia.

“Saya lebih suka bermain banyak perlawanan di peringkat Asia kerana ia membantu meningkatkan prestasi serta keyakinan diri saya sebagai pemain bola sepak,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook ACL.

Lebih manis, Arif Aiman kini menjadi sandaran utama JDT yang berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik dan bakal berdepan kelab Thailand, Buriram United, Selasa ini.

Sekiranya skuad Harimau Selatan itu mampu melangkah lebih jauh, mereka berpeluang mencipta sejarah tersendiri dengan mara ke suku akhir buat pertama kali dalam kejohanan berprestij itu.

Berdasarkan format baharu yang diperkenalkan musim ini, aksi dari peringkat suku akhir hingga ke final akan berlangsung secara berpusat di Arab Saudi hujung April nanti.

JDT di bawah kendalian Hector Bidoglio juga berpotensi bertemu bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo, sekiranya mereka layak ke peringkat lapan terbaik.

Dalam saingan musim ini, Arif Aiman turut menyerlah di pentas individu apabila sudah meledak lima gol dan berada dalam kelompok teratas senarai penjaring terbanyak ACLE.

Dia hanya ketinggalan dua gol di belakang pendahulu, Salem Al-Dawsari dan Jasir Asani, yang masing-masing mengumpul tujuh jaringan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya