Arif-Roy King menyinar, mara ke separuh akhir Orleans Masters

Arif-Roy King terus menyinar, mara ke separuh akhir Orleans Masters 2025

ARIF Junaidi-Yap Roy King menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-19, 21-18 pada aksi suku akhir Orleans Masters 2025, di Palais de Sport, Perancis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mencipta kejutan apabila menumbangkan pasangan ranking kesembilan dunia dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, sekali gus meneruskan cabaran Malaysia di kempen Orleans Masters 2025 di Palais de Sports, Perancis, hari ini.

Kemenangan 21-19, 21-18 itu menjadi kejayaan ketiga berturut-turut mereka ke atas pasangan Taiwan berkenaan, membuktikan kehebatan dan ketangkasan mereka di gelanggang.

Arif-Roy King yang kini berada di ranking ke-18 dunia semakin menunjukkan peningkatan prestasi luar biasa sepanjang kejohanan ini.

Mereka bakal berdepan ujian getir dalam separuh akhir apabila dijangka turun menentang pilihan kedua kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pukul 1.40 pagi nanti.

Dengan prestasi memberangsangkan setakat ini, harapan menggunung disandarkan kepada Arif-Roy King untuk terus mencipta sensasi dan membawa cabaran negara ke pentas final. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN