Anita dilantik pengerusi baharu PSM

Anita dilantik pengerusi baharu PSM

DATIN Anita Azrina Abdul Aziz merupakan bekas ahli korporat Petronas sebelum ini dan kini dilantik menjadi pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi penggal 2025-2027. - IHSAN FOTO PETRONAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan Datin Anita Azrina Abdul Aziz sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), menggantikan Datuk Hans Isaac yang tamat tempoh lantikan hari ini.

Beliau turut melantik Datuk Seri Winsor John sebagai Timbalan Pengerusi, gabungan yang diyakini mampu memperkukuh pengurusan PSM.

“Anita pakar dalam pentadbiran dan tajaan sukan, Winsor John pula mahir dalam bola sepak. Ini kombinasi terbaik untuk masa depan Kuala Lumpur Sport City (KLSC),” kata Hannah kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis-penulis Sukan (SAM), di sini, semalam.

Hannah menegaskan fokus utama adalah memastikan KL Sport City bersedia untuk Sukan SEA 2027.

Beliau yakin kepimpinan baharu ini mampu menjadikan KL Sport City sebagai pusat sukan dan rekreasi bertaraf dunia.

“Kita mahu fasiliti dinaik taraf, pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berjalan lancar dan lebih banyak tajaan diperoleh agar sukan dan hiburan terus berkembang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya