Aniq, Hoe Yean penerima pertama biasiswa MOM

Aniq, Hoe Yean penerima pertama biasiswa MOM

ATLET angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan (dua dari kanan) dan perenang negara, Khiew Hoe Yean (dua dari kiri) menjadi menerima pertama Dana Pendidikan Atlet Majlis Olimpik Malaysia (MOM) - Ihsan MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan perenang negara, Khiew Hoe Yean menerima pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) apabila menjadi penerima pertama Dana Pendidikan Atlet badan induk itu.

Aniq dan Hoe Yean menerima biasiswa sebanyak RM10,000 setahun sehingga mereka menamatkan pengajian di universiti masing-masing.

Menurut Aniq Kasdan, kini sedang melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan berkata dia amat berbesar hati dengan penerimaan biasiswa tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MOM atas biasiswa ini. Ia akan membantu saya memberi fokus kepada sukan tanpa perlu risau tentang pengajian saya,” katanya.

Atlet kelahiran Johor itu hampir mencipta sejarah di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila hanya ketinggalan 1 kilogram (kg) untuk meraih pingat gangsa dalam acara angkat berat.

Sementara itu, Hoe Yean yang kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti UCSI berkata dana tersebut memberi kelegaan besar buat dirinya.

“Saya masih di peringkat awal pengajian, tetapi biasiswa MOM ini sangat membantu dalam mengimbangi tanggungjawab akademik dan latihan saya,” katanya.

Sebagai rekod, Hoe Yean berjaya beraksi di Paris 2024 melalui wild card yang diberikan oleh Akuatik Dunia selepas berjaya mengumpul tiga markah tertinggi di kalangan perenang lelaki Malaysia sepanjang tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya