WA ubah syarat kelayakan atlet wanita

WA ubah syarat kelayakan atlet wanita

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang disertai oleh atlet wanita menandatangani perintah eksekutif "Tiada Lelaki dalam Sukan Wanita" di Bilik Timur di Rumah Putih pada 5 Februari 2025 di Washington, DC, AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Olahraga Dunia (WA) kini dalam proses mengemas kini peraturan kelayakan atlet wanita dengan mempertimbangkan ujian calitan pipi sebagai salah satu syarat baharu.

Badan induk itu sebelum ini telah melarang atlet transgender yang melalui akil baligh lelaki daripada bertanding dalam acara wanita sejak 2023.

“Bukti baharu menunjukkan bahawa jurang prestasi atlet sudah wujud sebelum akil baligh. Jurang prestasi sebelum akil baligh dalam sukan olahraga adalah sekitar tiga hingga lima peratus dalam acara larian.

“Dalam acara lontaran dan lompat, jurang ini lebih tinggi. Bukti baharu mengesahkan bahawa kelemahan fizikal dan fisiologi badan wanita menyumbang kepada jurang prestasi dalam sukan,” kata kumpulan khas berkenaan.

Sementara itu, Presiden WA, Sebastian Coe, menegaskan bahawa pihaknya mahu mengekalkan integriti kategori wanita dalam sukan olahraga.

“WA adalah peneraju dalam mengekalkan kategori wanita dalam sukan dan antara badan sukan antarabangsa pertama yang menetapkan peraturan jelas mengenai kelayakan atlet wanita dalam sukan elit.

“Menjaga integriti persaingan dalam kategori wanita adalah prinsip asas dalam sukan olahraga, dan kami menantikan proses perbincangan bersama pihak berkepentingan mengenai perkara ini,” kata Coe.

Terdahulu, isu kemasukan transgender dalam sukan telah dibincangkan secara meluas dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif yang cuba mengecualikan gadis dan wanita transgender daripada sukan wanita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya