LOS ANGELES: Juara 15 kali kejohanan utama golf, Tiger Woods mengumumkan berita sedih selepas ibunya, Kultida meninggal dunia.
“Dengan rasa kesedihan yang mendalam, saya ingin berkongsi bahawa ibu saya tercinta, Kultida Woods telah meninggal dunia pada pagi ini (awal pagi tadi).
“Semangatnya sangat tidak dapat disangkal. Dia segera ketawa selepas mendapatkan rawatan. Dia adalah peminat terbesar saya, penyokong terhebat, tanpanya tiada pencapaian peribadi saya yang mungkin dapat lakukan.
“Dia disayangi oleh ramai tetapi terutama sekali oleh dua cucunya, Sam dan Charlie.
“Terima kasih kepada semua atas sokongan, doa, dan privasi di saat yang sukar ini untuk saya dan keluarga saya. Sayang kamu, ibu,” tulis Woods di akaun Instagram miliknya.
Kultida seorang warganegara Thailand telah bertemu dengan bapa Woods, Earl, ketika dia bertugas sebagai tentera Amerika Syarikat (AS) di Bangkok pada akhir 1960-an.
Sebagai seorang yang sentiasa berada di padang golf semasa kejayaan terbesar anaknya, Woods sering berbicara dengan kasih tentang bagaimana sokongan ibunya membantu membentuk kerjayanya dan menyatakan dalam satu temu bual bahawa dia lebih takutkan ibunya berbanding bapanya.
“Ibu saya adalah penguatkuasa. Ayah saya mungkin dalam pasukan khas tetapi saya tidak pernah takut padanya.
“Dia seorang yang sangat keras, wanita tua yang sangat tegas, sangat menuntut. Dialah yang mengawal, dialah yang memimpin, saya sangat menyayanginya,” kata Woods. – AFP