The Gunners terkulai

The Gunners terkulai

JARROD Bowen menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan West Ham United di Stadium Emirates, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hasrat Arsenal untuk merapatkan jurang dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-1 kepada West Ham di Emirates, sebentar tadi.

Arsenal berpeluang merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Liverpool, yang hanya akan beraksi menentang Manchester City malam ini, namun gagal memanfaatkan peluang apabila Jarrod Bowen muncul wira West Ham dengan jaringan tunggal pada minit ke-44.

Keadaan bertambah buruk buat skuad kendalian Mikel Arteta apabila Myles Lewis-Skelly dilayangkan kad merah selepas pengadil Craig Pawson menukar keputusan daripada kad kuning selepas menyemak rakaman VAR pada minit ke-73.

Kekalahan pertama Arsenal dalam 16 perlawanan liga itu menyaksikan mereka kini ketinggalan lapan mata di belakang Liverpool, yang berpeluang melebarkan jurang kepada 11 mata jika menang ke atas City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya