Terima kasih Faizal Saari

Terima kasih Faizal Saari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir dua dekad menyarung jersi skuad hoki kebangsaan, akhirnya penyerang prolifik negara, Faizal Saari membuat keputusan untuk bersara daripada pentas antarabangsa.

Pemain berusia 34 tahun itu bagaimanapun berkata, dia tetap beraksi dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) dan kejohanan tempatan bersama Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Faizal melakukan 302 penampilan di pentas antarabangsa berkata keputusan itu diambil selepas dia mahu memberi laluan kepada pemain muda untuk menyinar dan membantu skuad Speedy Tigers.

“Okay, hari ini (kelmarin) merupakan hari yang sedih bagi saya. Sepanjang 15 tahun saya berkhidmat untuk negara dan hari ini hari persaraan saya. Saya pun dah bagi surat (kepada Konfederasi Hoki Malaysia) (KHM) dan tak nampaklah kelibat saya dalam skuad kebangsaan selepas ini.

“Saya menyertai pasukan (kebangsaan) umur 18 tahun dan sekarang 34 tahun. Saya rasa ia satu tempoh yang lama dan sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri, bagi peluang kepada pemain muda. Saya akan jadi penyokong No. 1 Speedy Tigers,” katanya.

Faizal ditemui pemberita setelah kejayaan pasukannya menjuarai Piala TNB menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-0 menerusi penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Lebih manis, Faizal turut dinobatkan selaku penjaring terbanyak dengan 23 gol sekali gus mengatasi pencapaian Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dari TNB yang memenangi selama dua musim berturut-turut.

Bercakap mengenai perancangan, Faizal berkata dia bakal membuka akademi hoki berpangkalan di Klang selepas ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya