Spurs tamat badi kekalahan, tundukkan Brentford 2-0

Spurs tamat badi kekalahan, tundukkan Brentford 2-0

PENYERANG Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung-Min (kanan) bersama Rodrigo Bentancur meraikan di atas padang selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Brentford dan Tottenham Hotspur di Stadium Komuniti Gtech, London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tottenham Hotspur akhirnya menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Brentford 2-0 di Stadium Gtech Community, malam tadi.

Kemenangan penting itu hadir menerusi jaringan sendiri Vitaly Janelt pada minit ke-29 sebelum pemain gantian, Pape Sarr mengesahkan tiga mata buat Spurs dengan gol lewat permainan.

Separuh masa pertama berlangsung dalam tempo pantas tetapi kualiti serangan agak mengecewakan.

Gol pembukaan terhasil apabila sepakan sudut kapten Spurs, Son Heung-min terkena Janelt yang ketika itu bergelut dengan Yves Bissouma sebelum bola menerjah gawang.

Brentford cuba bangkit selepas rehat dan hampir menyamakan kedudukan menerusi Yoane Wissa yang merembat bola ke palang dari jarak dekat.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan penguasaan mereka apabila rentetan serangan dan sepakan sudut tidak mendatangkan hasil.

Spurs, yang sebelum ini telah melepaskan 21 mata selepas mendahului tertinggi dalam liga sebelum ini, pada akhirnya mempertahankan kelebihan mereka dengan disiplin yang tinggi.

Jaringan Sarr pada minit ke-86, yang terhasil menerusi satu sepakan cantik di celah kaki penjaga gol Hakon Valdimarsson, memastikan kemenangan buat Spurs.

Namun, suasana di kem penyokong pelawat masih tegang apabila mereka terus melaungkan ‘kami mahu Levy keluar’ sebagai protes terhadap pengerusi kelab, Daniel Levy.

Ini merupakan kemenangan kedua Spurs dalam 12 aksi liga terakhir mereka, sekaligus memberikan suntikan moral sebelum mereka bertandang ke Anfield bagi aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Liverpool, diikuti perlawanan Piala FA menentang Aston Villa hujung minggu ini.

Brentford, yang sebelum ini kebal di gelanggang sendiri, kini mengalami empat kekalahan dalam lima aksi liga terakhir di tempat sendiri.

Mereka kekal di tangga ke-11 dengan 31 mata daripada 24 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya