Spurs benam Ipswich 4-1

Spurs benam Ipswich 4-1

DEJAN Kulusevski meraikan gol keempat semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Ipswich Town dan Tottenham Hotspur di Portman Road, Ipswich, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPSWICH: Brennan Johnson muncul wira Tottenham Hotspur apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama sebelum jaringan Djed Spence dan Dejan Kulusevski memastikan kemenangan 4-1 ke atas Ipswich Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Ipswich hampir membuka jaringan menerusi Liam Delap yang tandukannya terkena tiang sebelum Johnson menjaringkan dua gol untuk meletakkan Spurs di depan.

Tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Omari Hutchinson sebelum rehat tetapi gagal mencari gol penyamaan selepas berusaha keras di babak kedua.

Spurs menambah derita Ipswich apabila sepakan Spence yang terkena pemain lawan menghasilkan gol pada minit ke-77 sebelum Kulusevski menambah jaringan ketiga tujuh minit kemudian.

Kemenangan itu meletakkan Tottenham di tangga ke-12 dengan 33 mata daripada 26 perlawanan, sementara Ipswich kekal di kelompok tiga terbawah dengan 17 mata, lima mata di belakang zon selamat.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya