Rakyat Palestin dihantar pulang selepas Gaza diyakini selamat

Rakyat Palestin akan dihantar pulang selepas Gaza diyakini selamat

MUHAMMAD Aziq Hazimi Norawi bersalam dengan datuknya, Md. Jidi Zainal selepas Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 1/25 di Rejimen 515 Askar Wataniah, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu yang cedera dan dibawa ke Malaysia untuk rawatan sebelum ini bakal dihantar pulang ke Gaza selepas keadaan di wilayah tersebut diyakini selamat.

Timbalan Menteri Pertaha­nan, Adly Zahari berkata, pro­ses penghantaran pulang mungkin memakan sedikit masa kerana melibatkan kerjasama antara dua negara.

“Penghantaran pulang ini memerlukan penglibatan pihak kerajaan Mesir, kerana proses ini melalui dua kerajaan.

“Kalau keadaan di Gaza selamat dan mereka boleh pulang, kita akan teruskan proses tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025 di sini semalam.

Seramai 116 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang menyertai secara sukarela berjaya menamatkan latihan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah semalam.

Latihan selama 45 hari itu melibatkan 73 orang pelatih lelaki dan 43 pelatih wanita yang berusia antara 18 hingga 27 tahun.

Menurut Adly, PLKN 3.0 kali ini tidak hanya memberi tum­puan kepada latihan ketentera­an tetapi juga menekankan aspek kenegaraan serta pembangunan kemahiran yang re­levan dengan cabaran semasa.

“Program PLKN 3.0 menggunakan modul latihan yang mengintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus komponen kenegaraan.

“Ini adalah satu usaha pen­ting dalam membentuk generasi muda dengan memberikan mereka kemahiran insaniah, keusahawanan, dan teknologi melalui modul latihan dijalankan.

“Selain itu, PLKN 3.0 juga memberi penekanan kepada pembentukan semangat patrio­tisme dan jati diri dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Adly berkata, siri kedua PLKN 3.0 akan dijalankan pada 11 Mei hingga 24 Jun, manakala siri ketiga pada 7 September hingga 21 Oktober di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Bagi pengambilan kedua dan ketiga, jumlah pelatih akan di­tingkatkan kepada 500 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya