PM bantu golongan miskin tegar di Permatang Pauh - Utusan Malaysia

PM bantu golongan miskin tegar di Permatang Pauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 221 orang penerima dalam kalangan miskin tegar di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang menerima bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

Ahmad Farhan berkata, pertemuannya dengan golongan miskin tegar di Permatang Pauh bukan sekadar menyampaikan bantuan tetapi mendekati mereka yang benar-benar memerlukan malah memastikan mereka keluar daripada kemiskinan tegar.

“Mewakili Perdana Menteri, saya telah menyampaikan sumbangan kepada 221 penerima dari tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir, dan Penanti.

“Mereka ini hanya memiliki pendapatan per kapita serendah RM314 sebulan. Setiap individu memiliki kisah berbeza, namun mereka semua berkongsi satu harapan iaitu keluar daripada belenggu kesempitan hidup,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, usaha membantu golongan miskin tegar itu tidak terhenti dengan pemberitan bantuan sahaja.

Malah, jelasnya, golongan tersebut turut menerima sokongan daripada Zakat Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana sudah mengeluarkan mereka daripada kategori miskin tegar.

“Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Madani dalam membantu golongan ini keluar sepenuhnya daripada kitaran kemiskinan tegar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya