PFA gagal saman FAM

PFA gagal saman FAM

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas diputuskan Mahkamah Tinggi Kangar hari ini. - Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kangar telah memutuskan tuntutan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dibatalkan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan berkata itu merupakan susulan permohonan PFA untuk satu perintah injuksi menghalang badan induk itu daripada meneruskan kongres pada 15 Februari ini.

“Mahkamah Tinggi Kangar pada hari ini telah mendengar permohonan FAM terhadap PFA dan memutuskan kes PFA terhadap FAM dibatalkan.

“Mahkamah turut memerintahkan bahawa pihak PFA dikehendaki membayar kos kepada FAM,” katanya.

FAM diwakili oleh peguamnya yang diketuai Datuk Malik Imtiaz, Souren Ananthan, Yogan Sivam dan M Rajkumaran.

Terdahulu, PFA mengesahkan bahawa mereka sudah memfailkan saman terhadap FAM bagi mencabar keputusan badan induk itu yang didakwa menggantung keahlian persatuan berkenaan tanpa prosedur sah pada 4 Disember lalu.

Keputusan FAM itu dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM berhubung kegagalan PFA mematuhi arahan dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak dituntut bekas Pengarah Bola Sepak PFA, Matt Holland pada 2019. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya