Perhilitan pasang perangkap buaya di Pantai Cermin

Perhilitan pasang perangkap buaya di Pantai Cermin

Pegawai Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, Shazatul Farina Abdul Latif (kanan) bersama tiga anggota lain membuat pemantauan di Pantai Cermin, Port Dickson susulan penampakan buaya di kawasan berkenaan kelmarin.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan memasang perangkap buaya di Pantai Cermin esok sekiranya reptilia berkenaan masih dikesan dan tidak kembali ke habitat asal.

Pengarahnya, Faizal Izham Pikri berkata, hasil pemantauan berterusan pihaknya, reptilia berkenaan adalah buaya tembaga yang boleh hidup di kawasan air tawar dan air masin (laut).

“Kebiasaannya, buaya tembaga ini akan balik semula ke kawasan bakau dan sekiranya pemantauan masih lagi mendapati buaya berkenaan berada di Pantai Cermin perangkap akan dipasang esok di sana,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan memaklumkan menerima aduan awam membabitkan kehadiran seekor buaya di kawasan Pantai Cermin di sini kelmarin.

Menurut Faizal Izham, anggaran panjang buaya itu adalah kurang dari dua meter.

Sementara itu, menurut pengusaha aktiviti pantai,  Rahimi A Rahim, 46, dia dimaklumkan pengunjung yang berkhemah berhampiran pantai ternampak kelibat buaya pada malam Jumaat.

Menurutnya, selepas menerima aduan tersebut, dia membuat pemantauan terlebih dahulu bagi memastikan kelibat haiwan yang dilihat pengunjung itu benar-benar seekor buaya.

“Memang sebelum ni ada nampak, namun buaya ini berada di tengah laut tapi kini buaya menghampiri pantai. Bila nampak, saya terus maklum kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya