Penunggang wanita hilang kawalan, maut tercampak dari Lebuh Raya Dash

Penunggang wanita hilang kawalan, maut tercampak dari Lebuh Raya Dash

MANGSA dipercayai terlibat kemalangan sebelum hilang kawalan di Lebuh Raya DASH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita yang maut selepas tercampak ke bawah jejambat dalam kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) Kilometer 0.7 arah Shah Alam, petang semalam dipercayai terlebih dahulu telah melanggar sebuah kereta lalu motosikal ditungganginya hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Sharulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 6.50 petang dan siasatan mendapati mangsa, wanita tempatan berusia 30 tahun yang menunggang motosikal telah berlanggar dengan sebuah kereta dihadapannya.

“Mangsa kemudian hilang kawalan dan tercampak lalu jatuh 30 ke 35 meter dari jejambat. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sharulnizam, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya sebelum terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dirinya tercampak ke bawah lebuh raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya