Pemuda ditahan bawa 16.17 kilogram ketulan ganja mampat

Pemuda ditahan bawa 16.17 kilogram ketulan ganja mampat

SEBAHAGIAN ketulan ganja mampat yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di pangkalan haram Hassan Merah, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang pemuda dan merampas 16.177 kilogram (kg) ketulan ganja mampat di pangkalan haram Hassan Merah di sini, semalam.

Penahanan terhadap suspek berusia 23 tahun itu dilakukan menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 7 pagi.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa ditahan, suspek cuba melarikan diri dengan melepaskan bungkusan yang dipegang namun dapat ditangkap selepas berlaku pergelutan.

“Pemeriksaan yang dilakukan menjumpai 34 kotak mengandungi dadah jenis ganja seberat 16.177 kg bernilai RM50,184.70.

“Saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Meth,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan awal mendapati, suspek mahu menghantar bekalan dadah ke sebuah kereta yang berada di kawasan pangkalan haram Hasan Merah.

Katanya, suspek mengaku mendapat bekalan dari Thailand.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya