Peluang Selangor akhiri kemarau Piala

Peluang Selangor akhiri kemarau Piala

BARISAN pemain Selangor FC menjalani latihan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang aksi final kedua Piala Cabaran menentang PDRM FC, malam ini.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Selangor FC berpeluang menamatkan kemarau kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) jika berjaya menewaskan PDRM FC pada perlawanan akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Sekiranya berjaya menumpaskan PDRM FC bakal menjadi sejarah buat Gergasi Merah selepas gagal menjulang piala dalam tempoh hampir 10 tahun, biarpun Piala Cabaran dianggap piala ‘kelas kedua’ yang diperkenalkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Untuk rekod, kali terkahir Gergasi Merah memenangi piala ialah pada 2015 iaitu menjulang trofi Piala Malaysia selepas berjaya menumpaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada ketika itu.

Ketika ini, skuad Gergasi Merah selangkah untuk meraih kejuaraan Piala Cabaran selepas menundukkan PDRM FC 3-2 dalam perlawanan akhir pertama minggu lalu dan aksi malam ini menjadi penentu kepada skuad kendalian Katsuhito Kinoshi.

Menurut Kinoshi, tiada harapan lain yang disandarkan kepada barisan pemain selain kemenangan, namun cabaran PDRM FC tidak boleh dipandang mudah biarpun anak-anak buahnya memiliki kelebihan satu jaringan selepas perlawanan akhir pertama Sabtu lalu.

“Kami ada perancangan untuk bermain menentang PDRM FC dan misi utama pasukan adalah untuk meraih kemenangan. Kami akan fokus kepada permainan kami dan pemain juga faham apa yang saya mahukan.

“Sudah tentu transisi pantas menjadi keutamaan. Bola sepak mempunyai pelbagai alternatif, jadi ia boleh berubah mengikut situasi. Tetapi transisi menyerang bertahan adalah asas kepada strategi dan taktikal,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan, semalam.

Bagaimanapun, PDRM FC tidak akan memberi laluan mudah kerana mereka juga mahu mempertahankan kejuaraan itu yang dimenangi mereka pada 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya