PARLIMEN: Pemilihan syarikat pemeriksaan kenderaan dibuat secara terbuka 

PARLIMEN: Pemilihan syarikat pemeriksaan kenderaan dibuat secara terbuka 

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan syarikat pemeriksaan kenderaan dibuat secara terbuka dan bukannya secara tersorok atau mempunyai agenda lain.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengumuman tiga syarikat bumiputera yang terpilih sebelum ini bagi membolehkan pengguna mempunyai pilihan alternatif.

“Proses pelantikan ini saya buat secara terbuka, tiada sorok-sorok. Kalau saya mahu sembunyikan, tidak perlu saya membuat pengumuman nama-nama syarikat ini. 

“Yang pentingnya ialah kita mahu bukan pasaran ini agar pasaran pemeriksaan ini lebih kompeten dan berdaya saing serta memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah terdapat keperluan untuk menetapkan petunjuk prestasi kualiti (KPI) kepada setiap syarikat pemeriksaan kenderaan.

Baru-baru ini, Anthony Loke mengumumkan tiga syarikat baharu yang dilantik bagi melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) selain daripada Puspakom sebagai pilihan penyedia perkhidmatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya