Nurul Izzah rangkul emas kedua di ACC

Nurul Izzah rangkul emas kedua di ACC

NURUL IZZAH IZZATI MOHD ASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terus mempamerkan aksi konsisten apabila merangkul emas kedua dalam perlumbaan akhir acara ujian masa satu kilometer (km) di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, hari ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu menamatkan kayuhan dengan catatan 1 minit 6.229 saat (s) sekali gus menjadi rekod baru Asia pada acara yang pertama kali diperkenalkan menggantikan ujian masa 500 meter (m).

Tempat kedua menjadi milik Luo Shuyan dari China yang menamatkan kayuhan 1:07.365s manakala gangsa dimenangi Hwang Hyeon Seo dengan catatan masa 1:07.690s.

“Pertama sekali, saya rasa gembira dengan hasilnya saya dapat melakukan catatan peribadi terbaik dan rekod Asia. Saya memegang rekod Asia kerana saya menang untuk emas dan sebelum ini acara ini tiada,” katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya