Nasib tidak menyebelahi Negeri Sembilan

Nasib tidak menyebelahi Negeri Sembilan

PEMAIN Terengganu FC, Muhammad Azam Azmi Murad, melepaskan rembatan ketika menentang pasukan Negeri Sembilan FC, pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukan itu apabila tumpas kepada Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Ketua jurulatih pasukan itu, K. Nanthakumar berkata, pasukan itu mempunyai beberapa peluang untuk memperolehi gol tetapi gagal disempurnakan dengan baik oleh barisan serangan diketuai pemain import, Jacque Faye.

Antaranya, adalah menerusi sepakan Faye yang diselamatkan oleh pemain pertahanan TFC, Muhammad Safwan Mazlan yang menyepak bola keluar di atas garisan gol ketika penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin sudah pun terlepas bola tersebut.

“Penjaga gol TFC juga beraksi dengan baik dengan menyelamatkan bola yang ditujukan ke gawang pasukannya.

“Kemasukan pemain muda, S. Vimal Nair pada separuh masa kedua memberi perubahan kepada barisan serangan tetapi masih belum cukup untuk penyudah yang diinginkan,” katanya kepada para pemberita selepas tamat perlawanan itu malam tadi.

Dalam pertembungan itu, NSFC tewas kepada TFC dengan jaringan 0-2.

Gol gol TFC dijaringkan oleh Nurillo Tukhtasinov pada minit ke-25 melalui sepakan percuma dari jarak 30 meter ke pintu gol NSFC.

Pada minit ke-79, TFC dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan menggunakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan NSFC ketika asakan dalam kotak penalti.

Pemain import TFC, Nelson Wilfredo Bonilla Sanchez menyepak masuk bola sepakan penalti tersebut.

Nanthakumar memberitahu, beliau tidak dapat mengulas bagaimana gol pertama itu dihasilkan ketika penjaga gol NSFC, Muhamad Aqil Abdul Razak bergerak jauh ke depan hingga gagal menyelamatkan bola yang menjunam ke dalam jaring.

“Kita tidak menyangka gol ini. Mungkin disebabkan angin yang agak kuat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya