Mohd. Joehari mahu perkasakan Liga M

Mohd. Joehari mahu perkasakan Liga M

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd. Joehari Mohd. Ayub menjawab soalan media selepas sah dilantik memegang jawatan itu pada Kongres FAM ke-61.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan Liga Malaysia (Liga M) menjadi agenda pertama yang menarik perhatian Presiden Baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub.

Mohd. Joehari yang dipilih sebagai Presiden FAM bagi penggal 2025-2029 berkata, fokus FAM di bawah kepimpinannya adalah untuk melihat Liga M yang sedia ada berlangsung pada tahap terbaik.

“Salah satu perancangan utama, kita akan lihat dan pastikan kerjasama dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk kembali perbaiki liga yang sedia ada,” kata Mohd. Joehari ketika ditemui pemberita, semala

Sebelum ini, Liga M yang dikelolakan oleh MFL mendapat kritikan peminat bola sepak tempatan yang melihat perjalanan dan jadual Liga Super ‘berterabur’ sehingga menghilangkan keghairahan.

Terdahulu, Mohd. Joehari menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan nombor satu itu pada kongres pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung, semalam.

Beliau yang sebelum ini menggalas tugas sebagai naib presiden turut menjadi individu pertama dari Sabah menerajui badan induk bola sepak negara.

Mohd Joehari menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang memilih untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 2018.

Sementara itu, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram pula mempertahankan jawatan Timbalan Presiden apabila turut diumumkan menang tanpa bertanding.

Mengulas mengenai ‘saf’ baharu FAM, Mohd. Joehari menganggap, individu yang dipilih kali ini adalah yang terbaik dan mampu membentuk ‘pasukan’ terbaik untuk membangunkan lagi bola sepak Malaysia.

“Proses pemilihan berjalan lancar dan tahniah kepada semua pemenang, sekarang satu komposisi terbaik yang kita dapat ada daripada wakil (bola sepak) negeri dan ada juga bekas pemain.

“Pastinya ada KPI (petunjuk prestasi utama) akan diletakkan kepada semua mereka, tetapi masih terlalu awal untuk kita cakap. Saya akan bertemu dengan mereka dan susun segala perancangan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya