Malaysia wujudkan dana wakaf bangunkan institusi pendidikan di Baitul Maqdis

Malaysia wujudkan dana wakaf bangunkan institusi pendidikan di Baitul Maqdis

ANWAR Ibrahim bersama Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Sa'id Sabri ketika hadir menunaikan solat maghrib pada Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra, di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selain komited membangunkan semula Gaza, kerajaan juga akan memberi bantuan khusus kepada Baitul Maqdis, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mewujudkan dana wakaf khusus bagi merancakkan aktiviti madrasah dan pendidikan di sekitar Masjid Al-Aqsa itu.

Menurutnya, beliau mahu rakyat Malaysia supaya terus membantu dan menunjukkan rasa ihsan serta tanggungjawab dalam meringankan beban penduduk di Gaza dan Baitul Maqdis.

“Bantuan kemanusiaan ini perlu kita teruskan. Selain membangunkan semula Gaza, kita juga akan bantu untuk kemajuan di Baitul Maqdis.

“Ia termasuk merancakkan madrasah-madrasah di sekitar Baitul Maqdis,” katanya ketika berucap pada Majlis Ilmu Bersama Imam Besar Masjid-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri di Masjid Putra, di sini hari ini.

Katanya, dana wakaf itu juga disalurkan bagi merancakkan aktiviti pendidikan di Universiti Al-Quds.

Anwar berkata, beliau juga telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan universiti-universiti tempatan bagi menjalinkan hubungan dengan Universiti Al-Quds.

“Kita luncurkan (dana wakaf) pada malam ini dan pihak kerajaan insya-Allah akan terus memberikan ruang dan bantuan kepada universiti itu,” katanya.

Sementara itu, Sheikh Dr Ekrima berkata, beliau menyambut baik pengumuman (dana wakaf) oleh Anwar itu.

“Semoga ia memberi kebaikan kepada bumi Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis sama.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Sheikh Dr Ekrima menghargai Malaysia sebagai sebuah negara yang paling kehadapan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin sama ada di Gaza dan Baitul Maqdis.

Terdahulu, ribuan jemaah hadir pada majlis ilmu itu dimana Sheikh Dr Ekrima turut mengimamkan solat Maghrib dan Isyak.

Sheikh Dr Ekrima yang juga bekas Mufti Besar Palestin tiba di negara ini pada Selasa lalu dalam rangka lawatan ke negara ini dan dijangka berangkat pulang pada 27 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya