Lelaki OKU tetak bapa direman tiga hari

Lelaki OKU tetak bapa direman tiga hari

SUSPEK (kanan) yang disyaki menetak bapanya dalam kejadian pada Isnin lalu dibawa ke mahkamah bagi perintah reman di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis, hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai menetak bapanya dalam kejadian di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis di sini Isnin lalu, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim sehingga Sabtu ini selepas polis membuat permohonan tersebut.

Permohonan dikemukakan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai penahanan seorang lelaki OKU mental yang dipercayai menetak bapanya secara tiba-tiba di rumahnya di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, pada Isnin lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu kemudian turut melarikan diri selepas kejadian itu yang dilaporkan berlaku sekitar pukul 5 petang. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop, berkata, susulan itu, lelaki berkenaan berjaya ditahan polis ketika sedang berlegar-legar sekitar kawasan kampung itu pada pukul 10 pagi, semalam. 

Katanya, sewaktu ditahan, suspek juga berada dalam keadaan lesu dan letih berikutan tidak makan dengan sempurna selama beberapa hari.

“Mangsa yang berusia 73 tahun juga dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan dengan tiga kesan tetakan pada bahagian kepala dan telinga,” katanya.

Tambahnya, senjata parang yang digunakan masa kejadian itu turut ditemui di kawasan semak berhampiran rumah suspek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya