Lebih 2,000 selekoh jadi ‘ujian getir’ 25 penunggang motosikal

Lebih 2,000 selekoh jadi ‘ujian getir’ 25 penunggang motosikal

DATUK Seri Johari Abdul Ghani ketika bergambar bersama peserta konvoi pada Program 2,000 Selekoh Malaysia di Kampung Baru di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 25 penunggang motosikal dari negara ini serta Singapura dan Brunei akan menempuh lebih 2,000 selekoh jalan sepanjang 1,425 kilometer menerusi program

Konvoi 2,000 Selekoh Malaysia yang merentasi enam buah negeri yang bermula hari ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kesemua peserta akan menjelajah Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan dengan destinasi terakhir mereka adalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, di sini pada 11 Februari ini.

Kata beliau, program berkenaan juga berperanan sebagai daya tarikan baharu dalam sektor pelancongan seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pelaksanaan program ini adalah sebagai tanda sokongan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot kepada ‘bikers’.

“Program ini dilihat berpotensi meningkatkan minat orang ramai termasuk dari luar negara tanpa mengira peringkat umur,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata demikian ketika merasmikan Pelepasan Konvoi 2,000 Selekoh Malaysia di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Program Konvoi 2000 Selekoh Malaysia itu diinspirasikan dari minat penunggang motosikal dan kereta yang sering mencabar diri menjelajah ‘Thousand corners’ di negara jiran Thailand yang menyelusuri kawasan-kawasan perkampungan dan laluan berliku serta selekoh.

Selain itu, program itu juga menawarkan pengalaman unik meneroka kawasan luar bandar di enam negeri Semenanjung Malaysia sambil mengenali budaya tempatan dan menyokong sosioekonomi setempat.

Shaharuddin dalam pada itu berkata, program berkenaan juga seharusnya diketengahkan dan dipromosikan menerusi segala platform media sosial bagi memikat perhatian ramai.

“Negara jiran juga mempunyai program seperti ini dan diharapkan ia dapat bersaing untuk menarik minat pelancong ke dalam negara bagi melihat sendiri lokasi luar bandar yang mendapat kurang pendedahan masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya