KPM jangka belanja besar baik pulih sekolah terjejas banjir di Sabah, Sarawak

KPM jangka belanja besar baik pulih sekolah terjejas banjir di Sabah, Sarawak

FADHLINA ketika ditemui pemberita di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) kini menilai jumlah kos kerosakan di sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, bagaimanapun, pihaknya menjangkakan kos baik pulih terbabit bakal menelan belanja besar susulan jumlah premis yang terlibat dalam bencana itu agak tinggi.

Katanya, banyak tempat yang tidak dijangka dilanda banjir khususnya di beberapa kawasan sehingga menyebabkan ada antara sekolah yang mengalami kerosakan sepenuhnya.

“Sekarang ini kami sedang mengenal pasti keseluruhan premis yang terjejas, begitu juga dengan kos yang terlibat.

“Kami jangka kos memang sangat besar kerana berdasarkan pemantauan awal, premis yang terlibat dengan banjir ini sangat banyak.

“Ini menyebabkan persiapan kita kali ini jauh lebih penting kerana hanya tinggal seminggu sahaja lagi sekolah bakal dibuka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ceria Ke Sekolah TNB 2025 di Nibong Tebal di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, operasi pembersihan di sekolah-sekolah yang terjejas sedang rancak dijalankan bagi memastikan pelajar dapat kembali ke sekolah dalam keadaan lebih selamat dan kondusif.

“Bagaimanapun, sekiranya ada sekolah-sekolah yang tidak sempat beroperasi mengikut tarikh yang ditetapkan, kami akan menggunakan alternatif lain iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Guru-guru pun sudah mempunyai pengalaman dan membuat persiapan termasuk modul-modul aktiviti yang boleh dikendalikan buat pelajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya