Kem memanah negara tutup kempen Piala Asia dengan pingat emas

Kem memanah negara tutup kempen Piala Asia dengan pingat emas

ALANG Ariff Aqil Ghazalli dan Fatin Nurfatehah Salleh (tengah) berjaya membawa pulang pingat emas menerusi acara compound berpasukan campuran pada Piala Asia Peringkat Pertama di Bangkok, Thailand, hari ini. - IHSAN FACEBOOK WORLD ARCHERY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad memanah negara menggegarkan kejohanan Piala Asia Peringkat Pertama di Bangkok, Thailand apabila menutup tirai dengan satu emas yang cukup berharga, hari ini.

Gandingan hebat Alang Ariff Aqil Ghazalli dan Fatin Nurfatehah Salleh mempamerkan aksi luar biasa, menewaskan pasangan Kazakhstan, Andrey Tyutyun dan Viktoriya Lyan dengan keputusan 152-149 dalam aksi final mendebarkan yang menyaksikan ketangkasan mereka di tahap terbaik.

Bagaimanapun, harapan untuk meraih emas kedua tidak kesampaian apabila skuad compound lelaki yang dibarisi Alang Ariff, Juwaidi Mazuki dan Syafiq Ariffin terpaksa berpuas hati dengan perak selepas pertarungan sengit menentang trio India, D. Kushal, T. Ganesh Mani Ratnam dan J. Manav Ganeshrao, berakhir dengan keputusan 233-237.

Dalam kategori recurve wanita, pasukan yang dibarisi Nur Ieka Hariesya Zainal Habsahli serta pemain Olimpik negara, Nurul Azreena Fazil dan Syaqiera Mashayikh, turut memberikan aksi bertenaga tetapi akhirnya tunduk kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-5, membawa pulang pingat perak.

Skuad negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila Alang sekali lagi mencipta nama dengan merangkul gangsa dalam acara compound individu lelaki selepas menewaskan atlet Kazakhstan, Andrey Tyutyun dengan 147 mata.

Selain itu, kombinasi Nur Ieka Hariesya dan Evan Rich Chong turut mencipta sensasi menerusi acara recurve berpasukan campuran apabila mudah menundukkan Iran, Mobina Fallah dan Mohammadhossein Golshani Asl, dengan kemenangan bersih 6-0 untuk memastikan satu lagi gangsa buat Malaysia.

Secara keseluruhan, skuad memanah Malaysia membawa pulang satu emas, dua perak dan dua gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya