KBS gesa mangsa penipuan sukan buat laporan polis

KBS gesa mangsa penipuan sukan buat laporan polis

ADAM ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa mangsa kes penipuan yang melibatkan aktiviti sukan supaya tampil ke hadapan bagi membuat laporan polis.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata pihaknya telah meminta pihak dalaman di kementeriannya melakukan siasatan dan jika terdapat mana-mana persatuan yang mempunyai kaitan dengan KBS, tindakan tegas akan diambil.

“Saya sarankan laporan polis dibuat dan kita akan pastikan di peringkat kami siasatan akan dilakukan walaupun sebenarnya ia adalah ‘scam’, bukannya daripada persatuan atau akademi itu sendiri.

“Ada juga sebelum ini kalau tak silap saya beberapa hari lepas dilaporkan acara bola sepak penganjurnya tiada tetapi pemain semuanya hadir. 

“Jadi, ini nampaknya memang bagus dilaporkan dan memang kita minta pada semua yang terlibat, tentu sekali buat laporan polis dan kami ambil maklum mengenai isu ini secara dalaman supaya pihak berkaitan seperti PJS (Pesuruhjaya Sukan) lakukan siasatan.

“Jika ada melibatkan mana-mana persatuan sukan kebangsaan, atau pihak yang mempunyai kaitan dengan kementerian kita minta tindakan tegas diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima sekurang-kurangnya enam laporan berhubung kes penipuan penganjuran kejohanan bola sepak yang dijadualkan berlangsung di Padang Taman Dr Seenivasagam, Ipoh seperti yang tular di media sosial.

Kejohanan tersebut disertai sebanyak 32 pasukan bola sepak dari seluruh negara serta Indonesia.

Terbaharu, tular di media sosial, Tik Tok terdapat ibu bapa yang menjadi mangsa penipuan pakej latihan badminton dengan modus operandi menggunakan pelbagai nama akademi dan difahamkan kerugian mencecah puluhan ribu ringgit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya