Jerman belasah skuad hoki dalam dewan negara

Jerman belasah skuad hoki dalam dewan negara

PENJAGA gol skuad hoki dalam dewan negara, Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman cuba menghalang percubaan daripada pemain Jerman dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Dunia 2025 di Pusat Sukan Zatika, Porec, Croatia hari ini. - Ihsan FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara memulakan kempen Piala Dunia 2025 dengan langkah kiri apabila dibelasah Jerman 12-4 dalam aksi pertama Kumpulan B di Pusat Sukan Zatika, Porec, Croatia hari ini.

Jerman merupakan juara dunia tiga kali nyata bukan tandingan skuad kebangsaan apabila mereka tidak berdepan masalah untuk menembusi gawang skuad negara pada awal minit permainan.

Nicolas Proske dan Ben Hasbach bertindak cemerlang apabila masing-masing membantu Jerman meledak empat gol manakala Paul Dosch, Alec von Schwerin, Anton Boeckel dan Max Silanoglu menyumbat satu gol.

Bagaimanapun, pujian wajar diberikan kepada anak-anak buah Rodzhanizam Mat Radzi apabila sentiasa memberi cabaran kepada Jerman yang menyaksikan dua gol berjaya dijaringkan Abdul Khaliq Hamirin manakala Firdaus Omar dan Najmi Farizal Jazlan masing-masing meledak satu gol.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Iran menewaskan Argentina 5-3 di venue yang sama.

Skuad negara dijadual menentang Argentina manakala Jerman bertemu Iran dengan kedua-dua aksi tersebut diadakan di venue yang sama, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya