JDT tetap turunkan pemain utama

JDT tetap turunkan pemain utama

SKUAD JDT menjalani latihan menjelang pertembunugan dengan Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di SSI, petang ini.-IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERs
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap akan membariskan kesebelasan terbaik ketika melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini walaupun sudah ‘sebelah kaki’ ke final.

Pengendalinya, Hector Bidoglio mahu memastikan Harimau Selatan mempamerkan taring mereka dengan menambah derita buat skuad Penyu itu setelah selesa mencatatkan kemenangan 0-4 di tempat lawan pada 17 Januari lalu.

Katanya, JDT perlu mengekalkan corak permainan pantas bagi meneruskan momentum kemenangan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Kita tidak akan memperlahankan rentak permainan hanya kerana mempunyai kelebihan selesa dan perlu beraksi dengan kekuatan penuh menentang TFC.

“Kita tidak boleh terlalu selesa dan memberi tumpuan penuh pada aksi 90 minit itu, tambahan pula kita beraksi di hadapan penyokong sendiri yang mahu menyaksikan aksi terbaik JDT,” katanya.

Pada aksi separuh akhir pertama, Romel Morales meledak satu jaringan, manakala ayam tambatan Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi meledak dua gol dan Bergson Da Silva melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol keempat.

Bidoglio berkata, keputusan itu amat membanggakan setelah berdepan dengan pasukan yang ramai pemain bagus yang memberi tentangan hebat.

Menurutnya, keputusan itu juga membangkitkan semangat JDT untuk meneruskan kemaraan ke pentas akhir, sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, trofi ini juga merupakan trofi yang penting buat JDT dan kita dipertahankan dengan segala kekuatan yang ada.

“Oleh itu, pemain perlu memberikan aksi terbaik bagi memastikan misi itu tidak kecundang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya