Inovator YIM hasilkan shell tart presser - Utusan Malaysia

Inovator YIM hasilkan shell tart presser

MOHAMAD Asri Mohd. Din mencipta produk inovasi alat bakeri untuk menghasilkan kulit cheese tart iaitu shell tart presser.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang inovator bimbingan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berjaya mencipta produk inovasi alat bakeri untuk menghasilkan kulit cheese tart yang dinamakan shell tart presser.

Alat tersebut diperbuat de­ngan gabungan badan utama menggunakan plastik keras dan kerangka besi disaluti cat tepung yang mesra pengguna serta ringan selain tidak menggunakan punca kuasa.

Anak kelahiran Felda itu, Mohamad Asri Mohd Din, 42, mula membangun dan memasarkan produk berkenaan sejak tahun 2023 dengan bantuan dana daripada Program Malaysia Inovasi Sosial Akar Umbi (MyIS Akar Umbi/MaGRIs) sebanyak RM74,850.

Beliau yang membangunkan produk itu secara individu berkata, idea mereka bentuk produk itu demi membantu le­bih banyak usahawan bakeri terutama dalam kalangan B40 dan M40 dalam memudahkan perniagaan mereka bagi makanan pencuci mulut, cheese tart.

“Produk ini adalah mampu milik, ia sekali gus dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan baharu dalam perniagaan masing-masing.

“Ia tentunya dapat membantu meningkatkan ekonomi usahawan khususnya dalam kala­ngan bumiputera,” katanya di sini semalam.

Mohamad Asri berkata, shell tart presser dapat membantu menghasilkan kulit tart yang seragam, sekata dengan menekan doh pada bahagian tepi dan bawah kuali tart, memastikan kulit tart mengekalkan bentuknya semasa membakar.

Penekan ini biasanya mempunyai bentuk rata atau cekung dan selalunya direka dengan pemegang untuk menjadikan proses menekan lebih mudah dan cekap.

“Ia sangat sesuai untuk membuat kulit tart yang kemas dan kelihatan profesional dan boleh diisi dengan pelbagai jenis inti.

Shell tart presser memiliki ke­lebihan, dalam membantu proses pembuatan kulit tart sekali gus menjimatkan masa dan tenaga dibandingkan menghasilkannya secara manual,” jelasnya.

Tambahnya, dengan menggunakan alat berkenaan, kulit tart akan menghasilkan ketebalan, bentuk yang sekata dan konsisten yang enting untuk menjaga kualiti dan tekstur tart.

“Untuk produktiviti dalam jumlah besar, Shell Tart Presser membantu mempercepat proses kerja dengan hasil yang lebih efisyen,” katanya.

YIM membantu para inovator melalui Program MaGRIs/MyIS Akar Umbi bertujuan mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembangunan kapasiti bagi menambah nilai kepada inovator akar umbi itu sendiri.

Program ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersilan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya