Hanya 10 peratus PKS tempatan daftar jenama, logo - Utusan Malaysia

Hanya 10 peratus PKS tempatan daftar jenama, logo

MOHD. ZUHAN MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hanya dianggarkan 10 peratus daripada keseluruhan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tempatan telah mendaftarkan produk mereka, termasuk logo dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pengerusi MyIPO, Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 65,660 permohonan dibuat dengan 51,591 daripadanya telah didaftarkan.

Manakala bagi tahun 2023, 61,600 permohonan untuk dipatenkan bawah MyIPO dengan lebih 45,000 daripadanya didaftar.

“Jumlah PKS tempatan yang telah mempatenkan produk dan jenama mereka masih kecil berbanding seramai lebih 200,000 usahawan tempatan di Malaysia.

“Sehubungan itu, kami telah menetapkan sasaran sehingga 70,000 pendaftaran termasuklah syarikat PKS dan juga individu bagi melindungi jenama mereka tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program MyIPO di Hati yang diadakan di Masjid Taman Pulai Indah, di sini hari ini.

Sementara itu, karya kesusasteraan mencatat jumlah permohonan hak cipta tertinggi sepanjang tahun lalu dengan 7,382 permohonan dibuat berbanding bidang-bidang lain di negara ini.

Menurut Mohd. Zuhan, ini diikuti dengan 993 permohonan bagi bidang seni, manakala 329 permohonan dalam bidang perfileman.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya