Hamas bebaskan dua tebusan Israel - Utusan Malaysia

Hamas bebaskan dua tebusan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hamas sudah membebaskan dua daripada tiga tebusan Israel di utara Gaza, hari ini.

Tiga tebusan itu ialah Ofer Kalderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.

Kesatuan Banduan Palestin memaklumkan seramai 183 rakyat Palestin yang ditahan akan dibebaskan dari penjara Israel, menerusi pertukaran tebusan kali keempat di Gaza.

Hari ini juga dijangka buat pertama kali rakyat Palestin akan menyeberang ke Mesir dari Gaza selepas pembukaan semula lintasan Rafah.

Lintasan itu akan dibuka kepada 50 pejuang Hamas yang cedera dan 50 rakyat awam yang cedera termasuk individu yang mengiringi mereka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya