Gunting rambut percuma meriahkan persediaan buka sekolah

Gunting rambut percuma meriahkan persediaan buka sekolah

Gunting rambut
TUKANG gunting rambut melayan kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti potong rambut percuma dekat Dewan Pinang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Aktiviti gunting rambut secara percuma yang disertai seramai 100 kanak-kanak anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS) antara kemeriahan persediaan pembukaan persekolahan baharu 2026 yang bermula Isnin ini.

Ia antara persediaan dilakukan oleh para ibu bapa selain membeli kelengkapan persekolahan seperti uniform, kasut, alat tulis dan barangan lain bagi membolehkan anak-anak mereka.

Seorang suri rumah, Norazmawati Ab. Rahman, 50, berkata, aktiviti gunting rambut percuma itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa untuk memastikan anak mereka bersedia untuk kembali ke sekolah selepas berbelanja lebih RM1,000 untuk membeli kelengkapan lain.

Menurutnya, pada tahun ini tiga anaknya akan kembali bersekolah selepas tiga minggu bercuti, iaitu Muhammad Ieman Razieq Mohd. Zahim, 16, Nur Muhammad Izz Aqief Mohd. Zahim, 13 dan Nur Mariam Meikayla Mohd. Zahim, 7.

“Bila ada program sebegini, saya dan suami dapat menggunakan wang untuk membeli keperluan sekolah anak yang lain. Sekarang potong rambut di kedai potong rambut biasa pun dikenakan caj RM10 hingga RM12 bagi kanak-kanak.

“Sebelum ini pun saya dan suami sudah belanja lebih RM1,000 untuk membeli keperluan sekolah untuk semua anak termasuk yang kedua dan bongsu kerana masing-masing masuk tingkatan satu dan darjah satu. Memang banyak kena beli seperti uniform, baju sukan, kasut, buku dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berkata, program tersebut dianjurkan bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak mengurangkan kos perbelanjaan persekolahan anak mereka.

Penganjuran program berkenaan menurutnya, mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk sekitar bandaraya Shah Alam apabila 100 kanak-kanak yang hadir untuk potong rambut.

“Pada mulanya, kita hanya benarkan 65 kanak-kanak untuk potong rambut di sini. Tapi kami mendapat permohonan daripada ramai ibu bapa mohon kami benarkan anak mereka sertai program ini.

“Mengambil pertimbangan tersebut, kita benarkan lagi 35 kanak-kanak lagi untuk potong rambut percuma,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya