Gabungan muka lama, profesional sandaran Bersatu Kelantan

Gabungan muka lama, profesional sandaran Bersatu Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menggabungkan pemimpin lama dan profesional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) bagi penggal 2024-2027.

Ketua Badan Pimpinan Negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor, berkata gabungan ini diharapkan dapat memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada parti.

“Bersatu Kelantan akan fokus kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan ummah serta mempersiapkan jentera parti untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya lebih awal,” katanya dalam kenyataan.

Kamarudin turut menegaskan pentingnya pemerkasaan struktur parti dan pengukuhan jentera akar umbi dalam persediaan menghadapi PRU-16.

Senarai Penuh Pelantikan Jawatan Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Kelantan

Ketua: Datuk Kamarudin Md. Nor (Ketua Bersatu Pasir Puteh)
Timbalan: Datuk Mohamed Farid Mohamed (Ketua Bersatu Ketereh)
Setiausaha Negeri: Mohd. Wira Arjuna Mohamad (Ketua Bersatu Tumpat)
Ketua Penerangan: Zulfaqar Yeop Dahalan (Ketua Bersatu Kuala Krai
Bendahari: Datuk Shaari Mat Hussain (Ketua Bersatu Gua Musang)
Pengarah Pilihan Raya: Datuk Mohamed Farid Mohamed
Biro Agama dan Kerohanian: Hashim Hamid (Ketua Bersatu Kota Bharu)Biro Pendidikan dan Modal Insan: Ahmad Hakimi Mohd. Yasim (Ketua Bersatu Kubang Kerian)
Biro Ekonomi dan Keusahawanan: Kairul Azri Mohd Zin (Ketua Bersatu Rantau panjang)
Biro Bencana dan Kebajikan Masyarakat: Sikrin Yusof (Ketua Bersatu Bachok)
Biro Latihan dan Pengkaderan : Ab. Halim @ Kamaruddin Ab. Kadir (Ketua Bersatu Machang)
Biro NGO dan Perpaduan: Mohd. Almidi Jaafar (Ketua Bersatu Jeli).
Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan: Ahmad Nasruddin Abdullah (Ketua Bersatu Pengkalan Chepa)
Biro Keahlian dan Cawangan: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Ketua Tanah Merah)
Biro Risik dan Strategi: Che Johan Che Pa (Ketua Bersatu Pasir Mas) – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya