Pesawat ringan terhempas di pusat beli-belah Philadelphia

Enam dikhuatiri maut, pesawat ringan terhempas di Philadelphia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan berhampiran pusat beli-belah di Philadelphia, pada Jumaat, lapor media tempatan.

Akhbar The Philadelphia Inquirer, yang memetik sumber polis melaporkan nahas berlaku selepas pukul 6 petang berhampiran Roosevelt Mall di timur laut Philadelphia.

Insiden itu menyebabkan sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Ketika kejadian, cuaca sejuk dan hujan dengan tahap penglihatan yang rendah.

Stesen CBS Philadelphia menyiarkan imej kebakaran besar dan beberapa trak bomba di lokasi kejadian tetapi belum ada pengesahan mengenai status mangsa.

Sementara itu, Fox News Philadelphia melaporkan pesawat tersebut membawa enam orang penumpang.

Pejabat Pengurusan Kecemasan Philadelphia mengesahkan dalam media sosial terdapat ‘insiden besar’ di kawasan nahas tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Setakat ini, polis dan jabatan bomba Philadelphia belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan.

Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro berkata, pihaknya menawarkan segala sumber negeri untuk membantu pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

Menteri Pengangkutan AS, Sean Duffy berkata, beliau sedang memantau situasi tersebut dan berusaha mendapatkan maklumat lanjut.

Nahas itu berlaku hanya beberapa hari selepas pertembungan antara pesawat American Airlines dan helikopter tentera US Army Black Hawk di Washington, DC, yang mengorbankan 67 nyawa sekaligus menjadikan ia sebagai nahas udara paling buruk di AS sejak 2009.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya