Eagles tumpaskan Chiefs, sekat misi ‘streak’ kejuaraan Super Bowl

Eagles tumpaskan Chiefs, sekat misi ‘streak’ kejuaraan Super Bowl

Philadelphia Eagles menjulang piala selepas menjadi juara pada perlawanan akhir Super Bowl ke-59.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS, Louisiana: Philadelphia Eagles melakar kemenangan 40-22 ke atas Kansas City Chiefs dalam perlawanan akhir Super Bowl ke-59.

Kemenangan itu sekali gus menyekat hasrat Chiefs untuk mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dengan menjulang tiga kejuaraan berturut-turut.

Eagles mempamerkan pertahanan mantap, menyekat kreativiti quaterback Chiefs, Patrick Mahomes yang hanya mampu melakukan enam daripada 14 hantaran.

Sebaliknya, quarterback Eagles, Jalen Hurts, beraksi cemerlang dengan dua hantaran sentuhan dan satu larian ke zon gol.

Keputusan itu turut melunaskan dendam kekalahan Eagles kepada Chiefs ketika Super Bowl edisi ke-57 pada 2023.

Saquon Barkley turut mencipta sejarah apabila mengumpul 31 larian pada separuh masa pertama, menjadikannya pemain dengan jumlah larian terbanyak dalam gabungan musim biasa dan playoff dalam sejarah NFL.

Perlawanan itu juga turut disaksikan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menjadi presiden pertama yang menghadiri Super Bowl ketika masih berkhidmat.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hadir menyaksikan perlawanan akhir Super Bolws di New Orleans.-AFP

Super Bowl kali ini berlangsung penuh meriah di New Orleans buat kali ke-11 dalam sejarah, dengan kehadiran figura ternama seperti Lionel Messi, Jay-Z, Taylor Swift dan Paul McCartney di stadium.

Acara itu turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada pemenang Anugerah Grammy 2024, Kendrick Lamar dan SZA.

Dengan kejuaraan kedua mereka selepas 2018, Eagles membuktikan mereka adalah kuasa baharu NFL, sementara Chiefs terpaksa akur gagal mencipta sejarah sebagai juara tiga kali berturut-turut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya