Detry lakar sejarah di Terbuka Phoenix

Detry lakar sejarah di Terbuka Phoenix

THOMAS Derty (tengah) bergambar bersama trofi kemenangan Terbuka Phoenix, semalam- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SCOTTSDALE: Thomas Detry mencipta sejarah sebagai pemain Belgium pertama memenangi kejohanan Jelajah PGA selepas menjuarai Terbuka Phoenix di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Detry menampilkan aksi cemerlang dalam pusingan akhir apabila mencatat enam di bawah par 65 untuk mengumpul keseluruhan 24 di bawah par 260, sekali gus menang dengan kelebihan tujuh pukulan.

Kemenangan ini juga menamatkan penantian Detry selepas 68 kejohanan di Jelajah PGA dengan dua kali muncul naib juara sebelum ini.

Detry memastikan gelaran sulungnya dengan persembahan luar biasa apabila mencatat empat birdie berturut-turut di lapan lubang terakhir sebelum menutup kejohanan dengan putt hampir 10 kaki.

“Ini adalah impian yang menjadi kenyataan. Ini adalah tempat yang saya mahu berada dan ia sangat luar biasa untuk bermain golf seperti yang saya lakukan.

“Memandangkan keadaan ketika itu, ia adalah salah satu pukulan terbaik minggu ini dan dalam hidup saya, sudah pasti. Saya sudah banyak kali memberi diri sendiri peluang tetapi tidak pernah berjaya membuat kenyataan seperti ini,” kata Detry.

Salah satu detik terbaiknya hadir di lubang ke-16 Stadium Hole apabila pukulan tee hampir satu kaki dari lubang membolehkannya mencatat birdie dan mendahului dengan lima pukulan.

Michael Kim dan Daniel Berger menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 17 di bawah par, manakala Jordan Spieth dan Christiaan Bezuidenhout berkongsi tempat keempat dengan 16 di bawah par. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya