KAJANG: Prosiding sebutan kes lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang sebelum ini diadakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dijalankan buat pertama kali di Penjara Kajang semalam. Perbicaraan kes itu yang ditetapkan selama 14 hari bermula 19 Mac ini sehingga 26 Jun juga akan dijalankan di lokasi sama. Terdahulu, beberapa pengamal media yang telah mendaftarkan kehadiran perlu menjalani saringan di tiga pos pengawal sebelum dibenarkan memasuki kawasan penjara manakala jurugambar dilarang daripada membuat liputan. Wartawan juga ditempatkan sebuah bilik yang menunjukkan tayangan secara langsung prosiding yang dijalankan di kawasan berasingan. Avitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya