Argentina kalahkan Malaysia buat kali kedua

Argentina kalahkan Malaysia buat kali kedua

PEMAIN hoki dalam dewan negara cuba menghalang pemain Argentina ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam kempen Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, hari ini. - Ihsan FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad hoki dalam dewan negara untuk menamatkan kempen Piala Dunia 2025 sebagai pasukan kesembilan terbaik gagal apabila tewas 6-2 kepada Argentina dalam aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-12 di Porec, Croatia, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Mohd Rodzhanizam Mat Radzi bakal berdepan Trinidad and Tobago bagi merebut tempat ke-11 di Pusat Sukan Zatika, Porec pada Ahad ini.

Dalam aksi tersebut, Gaston Rodriguez meledak dua jaringan masing-masing pada minit ke-13 dan minit ke-23 untuk Argentina manakala Joaquin Gonzalez, Facundo Navarro, Santiago Moron dan Juan Eleicegui masing-masing menyumbat satu jaringan.

Dua gol negara hadir menerusi Muhammad Ashran Hamsan pada minit ke-25 dan Muhamad Izham Azhar pada minit ke-39.

Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Trinidad and Tobago tewas 12-3 kepada Croatia sekali gus membolehkan tuan rumah bertemu Argentina bagi merebut tempat kesembilan juga pada Ahad ini.

Sebagai rekod, Argentina menewaskan Malaysia 5-2 dalam aksi Kumpulan B pada Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya