Amarjit diangkat sebagai Presiden ACC

Amarjit diangkat sebagai Presiden ACC

DATUK Amarjit Singh Gill (kiri) dipilih sebagai Presiden baharu Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) selepas menewaskan calon dari Indonesia, Raja Sapta Oktohari, di Bangkok, Thailand, hari ini. - FOTO IHSAN PKBM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Amarjit Singh Gill mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Presiden baharu Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) selepas menewaskan calon dari Indonesia, Raja Sapta Oktohari, dalam pemilihan yang diadakan di Bangkok, Thailand, hari ini.

Amarjit, yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), meraih 24 undi berbanding 17 undi yang diperoleh Oktohari, Presiden Majlis Olimpik Indonesia (MOI).

Kemenangan ini mengulangi kejayaan bapanya, Tan Sri Darshan Singh, yang pernah memegang jawatan yang sama dari 1996 hingga 2005.

Dalam satu kenyataan, Amarjit menyatakan rasa terharu dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan.

“Ini adalah penghormatan terbesar buat saya. Kemenangan ini bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi juga untuk Asia. Saya berjanji akan membawa perubahan besar melalui Agenda OneAsia,” kata Amarjit dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa ibu pejabat ACC akan kembali ke Malaysia, sekaligus menaikkan nama negara dalam arena sukan berbasikal antarabangsa.

Pemilihan ini diadakan selepas penyandang jawatan, Osama Ahmed Abdullah Al Shafar dari UAE, memilih untuk tidak bertanding setelah dua penggal memegang jawatan tersebut.

Sebelum ini, Amarjit dan Osama pernah seri dalam pemilihan ACC 2021, tetapi Osama dilantik melalui undian lambungan syiling.

Amarjit, yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF), telah menerima jaminan sokongan penuh daripada Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), David Lappartient, untuk memajukan sukan berbasikal di Asia.

“Saya akan bekerja keras untuk memastikan Asia terus menjadi antara benua terpenting dalam sukan berbasikal dunia,” tegasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya