Aliff cipta sensasi, tumpaskan Adukhov

Aliff cipta sensasi, tumpaskan Adukhov

AHMAD Nor Iman Aliff Rakib menumbangkan lawan dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 di Bangkok, Thailand, hari ini. IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejuang muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta kejutan apabila menumpaskan jaguh Rusia, Shamil Adukhov dalam tempoh hanya 1 minit 10 saat menerusi kemenangan knockout (KO) pada aksi One Fight Night 28 di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Dalam pertarungan kategori catchweight itu, Aliff mempamerkan aksi luar biasa apabila berjaya bertahan daripada serangan awal Adukhov sebelum melancarkan dua tumbukan padu ke bahagian kepala lawan, sekali gus menyaksikan Adukhov rebah dan gagal meneruskan pertarungan.

Kemenangan itu bukan sahaja melakar kejayaan ketiga berturut-turut buat Aliff dalam ONE Championship, malah turut melayakkannya membawa pulang bonus kemenangan sebanyak AS$50,000 (RM222,000).

Lebih manis, kejayaan tersebut menyaksikan pejuang kelahiran Malaysia itu kini memiliki rekod kemenangan 7-2 dalam sembilan pertarungan di bawah ONE Championship, dengan lima daripadanya diperoleh menerusi KO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya