64 PATI ditahan dalam Op Sapu

64 PATI ditahan dalam Op Sapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 10 wanita ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur dalam serbuan Op Sapu di Jalan Metro Perdana Timur 2, Off Jalan Kepong di sini hari ini. 

Serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu menyasarkan rumah kediaman tiga tingkat dipercayai penempatan PATI. 

Ketika operasi, terdapat cubaan warga asing yang dipercayai sengaja membuka lewat pintu ketika diketuk pegawai operasi bagi pemeriksaan.

Malah, seorang lelaki warga Bangladesh dikesan menyorok di belakang tilam serta warga Myanmar yang menyorok di celah baldi di bawah sinki.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 136 individu diperiksa sepanjang operasi selama dua jam terbabit. 

Katanya, pihaknya menahan 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 10 wanita.

“PATI yang ditahan membabitkan 56 warga Myanmar, tiga Bangladesh, tiga Pakistan serta dua Vietnam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Amta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya