100 pelajar dibantu, gunting rambut percuma - Utusan Malaysia

100 pelajar dibantu, gunting rambut percuma

SEORANG pelajar menerima khidmat gunting rambut percuma sempena program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat DUN Kukup di Pekan Permas, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seramai 100 pelajar menerima perkhidmatan gun­ting rambut percuma sempena program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan, program yang kali kedua dianjurkan oleh pihaknya itu bertujuan membantu para pelajar kembali ke sekolah dengan rambut yang pendek dan kemas.

Katanya, hingga semalam seramai 75 pelajar menyertai program tersebut dan sasaran 100 orang dijangka tercapai sebelum sesi baharu persekolahan bermula Isnin ini.

“Program ini diharap menyuntik semangat anak-anak untuk kembali ke sekolah pada minggu depan di samping membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah,” katanya.

Jefridin berkata, program itu turut memberikan peluang dan latihan kepada pengusaha kedai gunting rambut di Pekan Permas, dekat sini untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Program itu juga merupakan sebagai salah satu daripada program kemasyarakatan anjuran Pusat Khidmat DUN Kukup yang sentiasa mendekati pelbagai golongan masyarakat, termasuk golo­ngan muda.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya