Zii Jia tarik diri dari Terbuka India, Indonesia Masters

Zii Jia sah tarik diri dari Terbuka India, Indonesia Masters

LEE Zii Jia terpaksa menarik diri dari Terbuka India dan Indonesia Masters, Januari ini berikutan ligamen buku lali kanannya. IHSAN LAMAN X
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia dan Indonesia Masters bagi memberi laluan proses pemulihan kecederaan yang dialaminya menurut kenyataan rasmi Team LZJ, hari ini.

Bintang No. 6 dunia itu yang ditimpa kecederaan ligamen buku lali kanannya sewaktu menyertai Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, Disember lalu turut menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang bermula, hari ini.

“Zii Jia tidak akan memulakan debutnya untuk musim 2025 kerana beliau masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialami semasa Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada Disember.

“Zii Jia disahkan akan terlepas dua lagi kejohanan pada bulan Januari, iaitu Terbuka India dan Masters Indonesia.

“Pasukan LZJ bersama pakar perubatan akan terus memantau kecederaan Zii Jia untuk membuat persediaan terbaik bagi kejohanan seterusnya,” kata Team LZJ dalam kenyataan terbabit.

Terbuka India yang memiliki status Super 750 dijadualkan berlangsung pada 14-19 Januari ini, manakala, Indonesia Masters pula bermula 21-26 Januari.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak berada di dalam senarai daftar pemain kedua-dua kejohanan tersebut yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di dalam laman web bwf.tournamentsoftware.com.

Zii Jia yang kini berada di bawah bimbingan jurulatih Yeoh Kay Bin telah pun mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial, Jumaat lalu, mengesahkan bahawa dirinya masih belum cukup cergas dan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya